MERU - Kewujudan kontena yang diwarnakan dengan biru
berselang putih seolah-olah menyerupai warna rasmi balai polis tambahan dan tertera tulisan Polis Meru bersama nombor telefon di Jalan Kenangan 3 menimbulkan tanda tanya penduduk adakah kontena itu milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Tambahan pula terdapat beberapa pengawal yang berpakaian seperti seorang anggota polis berkawal di kawasan itu seolah-olah seperti pihak berkuasa.
Lebih mengejutkan lagi apabila kedudukannya hanya 1 kilometer daripada Balai Polis Meru yang terletak di Pekan Meru.
Baru-baru ini seorang penduduk Jalan Kenangan 3 dikenali Suraya ingin membuat laporan berkenaan satu ugutan yang diterimanya pergi ke kontena itu namun gagal apabila dia diminta membuat laporan di Balai Polis Meru bulan lalu.
Alasan yang diberikan salah seorang daripada mereka adalah pondok itu hanya sebagai tempat rondaan untuk menjaga keselamatan kawasan itu.
Apabila pihaknya mempersoalkan adakah ia milik PDRM namun mereka enggan menjawab pertanyaan itu sebaliknya menasihatkannya agar tidak mencampuri urusan mereka.
Suraya berkata, terkejut dengan jawapan itu, dia terus ke Balai Polis Meru dan apabila memaklumkan kewujudan kontena itu, kakitangan di situ memaklumkan tidak tahu- menahu berkenaan kewujudannya.
“Namun saya tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan dan cuba menyiasat bersama salah seorang rakan.
“Hasil maklumat yang diperoleh mendapati kontena itu dibina oleh sebuah syarikat yang mempunyai kilang perniagaan sarung tangan terbesar di sini.
“Amat mengejutkan lagi apabila ia dikatakan dikawal selia oleh bekas seorang anggota polis.
“Tindakan pembinaan seperti pondok polis itu dilihat sebagai tempat kawalan mungkin berkait rapat dengan kewujudan warga asing yang terlalu ramai di kawasan ini,"katanya.
Beliau berkata, kebanyakan warga asing terdiri daripada pelbagai negara mendiami dan kawasan itu seperti sudah menjadi koloni warga asing.
“Rata-ratanya bekerja di kilang itu. Saya bimbang kewujudan kontena yang seakan-akan pondok polis akan mengelirukan orang ramai jika berlaku sebarang kecemasan di kawasan ini.
“Saya juga bimbang terdapat aktiviti tidak sihat di kawasan ini,” katanya.
Suraya berkata, sebelum lebih banyak penyamaran dan pemalsuan berleluasa, pihak berkuasa PDRM harus memantau isu ini segera dengan mengambil tindakan tegas yang nyata menyalahi undang-undang.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.