Monday, May 31, 2010

Malaysia kekal import beras jika kos buat Jelapang Padi tinggi


CHANGLUN - Malaysia mungkin akan terus mengimport beras jika hasrat kerajaan menambah kawasan 'Jelapang Padi' di negara ini memerlukan kos yang lebih besar daripada kos mengimport beras.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum berkata, pada masa ini negara mengimport 30 peratus beras dan kerajaan akan mengkaji daripada pelbagai sudut sama ada ia perlu diteruskan atau tidak.

"Kita kaji sama ada mahu mengeluarkan 100 peratus beras kepada rakyat atau pun mengekalkan import sebanyak 30 peratus," katanya.

Beliau berkata, buat masa ini tumpuan akan diberi kepada usaha menaik taraf kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dalam usaha mengeluarkan padi yang lebih berkualiti.

"Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, kementerian memperuntukkan RM140 juta bagi menaik taraf kawasan MADA. Ia termasuklah memberi pampasan kepada penduduk kerana sungai dan terusan dalam kawasan MADA berada di atas tanah mereka," katanya.

- Ni cakap orang politik ke atau saje nak sedapkan ati ? Kalau fikirkan jangka panjang,mana lebih untung? Aku teringat rencana kat Nat Geo mcm mana org Jepun tanam padi,memang hebat....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.