Tuesday, September 3, 2013

Dalam melayari kasih ini,memang kita menempuh berbagai suka duka.. 
Ada rindu yang tak pernah padam 
Sentiasa hadir tiap waktu: kadang-kadang membelai jiwa dengan lembut gemalainya 
ada masanya menjadi badai dalam dada 
pun ada waktunya,menjadi sebak dan air mata 
Sesungguhnya bersamamu,kasih ini adalah suatu anugerah yang tiada nilainya 
rindu itu adalah pengukur kekuatan diri meniti hari 
dan kerananya,selagi diri bernafas 
tidak mahu sesekali berpatah arah 
tidak mahu sesekali mengucapkata yang menyakitkan itu 
tidak ingin kehilangan CINTA ini 

Sayang, 
Biarpun ruang waktu sentiasa terbatas 
Hingga adakalanya mendera diri dengan perit berjauhan 
Namun, 
Kukutip segala keindahan warna kasih ini 
Kuanyam perit-manisnya menjadi hiasan hati 
Lalu,pada tiap waktu sepiku 
Kutitipkan harapan dan permintaan padanNya 
Moga2,ada belas kasihNya,menyatukan dua hati ini dalam ikatan yang abadi 
tanpa mengira bila jua masanya 

Kekasihku, 
Sungguh,abang amat mencintaimu

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.