Wisma Putra diarah selamatkan sukarelawan Malaysi
a yang menyertai misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan mendapatkan maklumat terkini daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara ketiga.
"Saya dah minta Wisma Putra berusaha menyelamatkan sukarelawan kita. Kita amat sukar mendapat maklumat...tidak ada komunikasi dengan pihak terlibat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, Malaysia juga akan mengusulkan tindakan diambil berhubung pencabulan dan keganasan Israel terhadap konvoi kapal ke Gaza yang diserang semalam ke Majlis Keselamatan PBB.
Majlis Keselamatan PBB dijangka bersidang minggu depan dan usul itu kata Perdana Menteri membolehkan satu tindakan diambil terhadap regim Zionis itu.
Ditanya sama ada tindakan yang bakal diambil itu termasuk memboikot barangan dari Israel dan Amerika, Najib menolak cadangan berkenaan.
“Boikot tidak akan mencapai keputusan yang diharapkan...Lagipun, kita tidak mempunyai barangan Israel secara langsung di negara ini,” kata perdana menteri.
Seramai 12 rakyat Malaysia, termasuk seorang wartawan dan seorang jurukamera Astro Awani, dilaporkan berada di atas kapal Turki iaitu Mavi Marmara yang diserang Israel.
Setakat ini, belum ada sebarang maklumat yang diterima berkaitan nasib semua rakyat Malaysia di dalam kapal yang diserang dan sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh.
Menurut laporan agensi berita asing, Israel telah menahan 480 aktivis
pro-Palestin yang ditahan di dalam kapal itu dan akan mengusir 48 yang lain.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.