Wednesday, March 16, 2011

World of heliconia


Susahkah melukis...?

Soalan yang sering ditanya pada aku..tak kira oleh sapa,orang yang tengok aku lukis ke atau anak murid aku sendiri.

Sebenarnya,bagi aku,jawapan ni ada dalam kepala masing-masing. Melukis..sesuatu yang abstrak. Apa yang nak dilukis,macam mana nak mula,dari mana nak mula,guna apa...tu pun pilihan masing-masing. Yang pentingnya,lukislah dari hati.

Pedulikan dengan bahasa-bahasa formalistik dalam seni. Ketepikan aliran-aliran seni yang bagi tak biasa dengannya,boleh menyesakkan dada,mematikan gerak tari tangan. Pedulikan karya-karya orang lain yang ada kalanya,sungguh memukau mata,tapi mematikan keinginan sendiri untuk melukis bilamana merasakan karya orang itu lebih bagus,aku tak bagus. Jangan lupa,lukisan itu luahan perasaan,yang dibentuk dengan garis-garis,lorekan-lorekan,titik-titik atau apa juga rupa bentuk yang terhasil dari tarian tangan.

Jangan juga lupa, karya orang lain tu,luahan hati mereka,manakan sama dengan perasaan kita. Lain orang,lain pelukis,lain penampilan dan garapannya.Yang penting,melukislah!!!


Yang pentingnya,bagi aku,pilih subjek apa yang nak dilukis,gerakkan jari,hayunkan tangan,enjoy dengan gerak hati. 'Contenglah' kertas dengan bahasa hati...binalah garis-garis dengan rasa hati. Kalau ada rasa marah,marahlah pada kertas,pada kain,tumpahkan amarah tu secukup rasa. Kalau sayu,tumpahkanlah tangisan hati ke atas kanvas,hamburkan kesedihan,kemarahan,atau apa juga rasa hati. Melukis tidak salah kerana melukis itu adalah menumpahkan perasaan atas medium yang 'dibenarkan'.

Dan,yang terakhir,paling penting...jangan dibuang lukisan tersebut,walau seburuk mana pun,JANGAN DIBUANG. Setiap lukisan itu sebenarnya mempunyai nilai tersendiri. Mungkin hari ini ia tidak begitu dipeduli.

Monday, March 14, 2011

Japan Tsunami







Bangunan bergegar dan berayun.....


Aku Berada Dalam Sistem Yang Salah

Menyakitkan..menjengkelkan...menyampah..
Itulah ungkapan yang aku rasa sesuai(biarpun bukan paling sesuai,bilamana rasa ada perkataan lebih teruk dari itu,tapi aku tak tahu apa perkataan itu)buat masa ini. Apa tidaknya, keranasedikit 'kesilapan teknikal', seumurhidup aku terbeban dengan kesannya.

Gaji aku lebih rendah dari isteri aku,walaupun dia junior aku. Semuanya,gara-gara aku menyambung pelajaran ketika Sistem Saraan Malaysia ( SSM ) diperkenalkan. Ketika sistem itu diperkenalkan,ia tidak langsung mengambil kira orang-orang seperti aku. Tiga tahun belajar,senioriti aku hilang,aku terpinggir dari pandangan mereka yang berkuasa.

Sistem yang mengarut merampas apa yang sepatutnya aku sepatutnya dapat. Bila habis belajar, aku terpaksa bermula dari bawah,dalam skim baru,terpisah dari skim yang lama,dengan kerugian yang aku terpaksa tanggung seumur hidup. Mana tak ruginya...gaji aku lebih rendah dari isteri aku,walaupun aku sudah bergelar kakitangan kerajaan berijazah,sedangkan isteri aku hanya kakitangan biasa.


Belajar untuk menambahkan ilmu,bukan pasal kenaikan gaji? Mengarut!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, March 12, 2011

Diberi pangkat Sarjan jika ada diploma: KPN


March 12, 2011

KUALA TERENGGANU, 12 Mac – Mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan diploma akan ditawarkan pangkat Sarjan jika menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di masa depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata ia merupakan skim baru untuk PDRM menarik minat anggota masyarakat terutama golongan muda menyertai pasukan tersebut.

“Ini salah satu skim baru yang akan kita perkenalkan iaitu kelulusan minima untuk masuk dalam perkhidmatan polis bagi pangkat Sarjan ialah diploma.

“Menerusi skim baru ini juga, kenaikan pangkat juga akan lebih cepat. Kita mempermudahkan, umpamanya Konstabel untuk naik ke pangkat Koperal, Insya-Allah dalam masa lima tahun. Kalau dulu ada sampai 10 tahun, 15 tahun ada yang pencen pun masih Konstabel lagi.

“Begitu juga pangkat-pangkat lain. Kita nak ubah (skimnya),” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pemakaian pangkat Pegawai Kehormat Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor Suksis) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.

Ismail juga berkata PDRM memerlukan para pegawai yang bertenaga serta berpengetahuan tinggi dalam penyiasatan agar kualiti siasatan sesuatu kes lebih efektif.

“Skim baru ini diperkenalkan selaras dengan hasrat PDRM mensasarkan kekuatan anggota seramai 150,000 orang menjelang 2015,” katanya.

Di majlis tersebut, lima kakitangan UMT dengan diketuai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Dr Yahaya Ibrahim menerima pangkat daripada Ismail.

Kor Suksis UMT yang secara rasmi ditubuhkan pada 24 Julai 2006 mempunyai keanggotaan 282 orang pelajar dan daripada jumlah tersebut seramai 70 orang telah ditauliahkan. – Bernama