Thursday, September 15, 2011

kolam oh kolam



Dalam proses 'menyiapkan' kolam. Nampak macam siap,sebenarnya masih banyak yang perlu dilakukan. Berapa bajet? Boleh la tahan,hinggakan terpaksa hold on satu dua benda lagi bagi melengkapkan kolam ni.


Walaupun tak begitu sempurna,tapi o.k la bagi aku,jadi tempat release penat. Balik je keje, sebelum masuk rumah,aku lepak tepi kolam ni dulu. Perati ikan-ikan koi yang dah kian jinak.

Sunday, March 20, 2011

Wednesday, March 16, 2011

Radiasi Tsunami Jepun


BEIJING, 16 Mac – Perwakilan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di China hari ini menegaskan bahawa tiada bukti radiasi dari kompleks tenaga nuklear di timur laut Jepun menular secara ketara ke negara-negara jiran.

“WHO mahu memberi jaminan kepada kerajaan dan orang ramai bahawa tiada bukti buat masa sekarang penularan antarabangsa secara signifikan dari loji nuklear (di Jepun),” kata Michael O’Leary, wakil WHO di China, dalam satu kenyataan.

“Khabar angin disebarkan menerusi mesej berteks dan cara-cara lain kononnya ancaman radiasi menular merentasi Asia dan negara-negara lain ekoran kemudahan nuklear yang rosak di Jepun,” katanya.

“Kerajaan-kerajaan dan orang ramai digalak supaya mengambil langkah untuk menghentikan khabar angin (seperti ini), yang membawa kesan buruk kepada moral orang ramai,” katanya lagi. – Reuters

World of heliconia


Susahkah melukis...?

Soalan yang sering ditanya pada aku..tak kira oleh sapa,orang yang tengok aku lukis ke atau anak murid aku sendiri.

Sebenarnya,bagi aku,jawapan ni ada dalam kepala masing-masing. Melukis..sesuatu yang abstrak. Apa yang nak dilukis,macam mana nak mula,dari mana nak mula,guna apa...tu pun pilihan masing-masing. Yang pentingnya,lukislah dari hati.

Pedulikan dengan bahasa-bahasa formalistik dalam seni. Ketepikan aliran-aliran seni yang bagi tak biasa dengannya,boleh menyesakkan dada,mematikan gerak tari tangan. Pedulikan karya-karya orang lain yang ada kalanya,sungguh memukau mata,tapi mematikan keinginan sendiri untuk melukis bilamana merasakan karya orang itu lebih bagus,aku tak bagus. Jangan lupa,lukisan itu luahan perasaan,yang dibentuk dengan garis-garis,lorekan-lorekan,titik-titik atau apa juga rupa bentuk yang terhasil dari tarian tangan.

Jangan juga lupa, karya orang lain tu,luahan hati mereka,manakan sama dengan perasaan kita. Lain orang,lain pelukis,lain penampilan dan garapannya.Yang penting,melukislah!!!


Yang pentingnya,bagi aku,pilih subjek apa yang nak dilukis,gerakkan jari,hayunkan tangan,enjoy dengan gerak hati. 'Contenglah' kertas dengan bahasa hati...binalah garis-garis dengan rasa hati. Kalau ada rasa marah,marahlah pada kertas,pada kain,tumpahkan amarah tu secukup rasa. Kalau sayu,tumpahkanlah tangisan hati ke atas kanvas,hamburkan kesedihan,kemarahan,atau apa juga rasa hati. Melukis tidak salah kerana melukis itu adalah menumpahkan perasaan atas medium yang 'dibenarkan'.

Dan,yang terakhir,paling penting...jangan dibuang lukisan tersebut,walau seburuk mana pun,JANGAN DIBUANG. Setiap lukisan itu sebenarnya mempunyai nilai tersendiri. Mungkin hari ini ia tidak begitu dipeduli.

Monday, March 14, 2011

Japan Tsunami







Bangunan bergegar dan berayun.....


Aku Berada Dalam Sistem Yang Salah

Menyakitkan..menjengkelkan...menyampah..
Itulah ungkapan yang aku rasa sesuai(biarpun bukan paling sesuai,bilamana rasa ada perkataan lebih teruk dari itu,tapi aku tak tahu apa perkataan itu)buat masa ini. Apa tidaknya, keranasedikit 'kesilapan teknikal', seumurhidup aku terbeban dengan kesannya.

Gaji aku lebih rendah dari isteri aku,walaupun dia junior aku. Semuanya,gara-gara aku menyambung pelajaran ketika Sistem Saraan Malaysia ( SSM ) diperkenalkan. Ketika sistem itu diperkenalkan,ia tidak langsung mengambil kira orang-orang seperti aku. Tiga tahun belajar,senioriti aku hilang,aku terpinggir dari pandangan mereka yang berkuasa.

Sistem yang mengarut merampas apa yang sepatutnya aku sepatutnya dapat. Bila habis belajar, aku terpaksa bermula dari bawah,dalam skim baru,terpisah dari skim yang lama,dengan kerugian yang aku terpaksa tanggung seumur hidup. Mana tak ruginya...gaji aku lebih rendah dari isteri aku,walaupun aku sudah bergelar kakitangan kerajaan berijazah,sedangkan isteri aku hanya kakitangan biasa.


Belajar untuk menambahkan ilmu,bukan pasal kenaikan gaji? Mengarut!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, March 12, 2011

Diberi pangkat Sarjan jika ada diploma: KPN


March 12, 2011

KUALA TERENGGANU, 12 Mac – Mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan diploma akan ditawarkan pangkat Sarjan jika menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di masa depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata ia merupakan skim baru untuk PDRM menarik minat anggota masyarakat terutama golongan muda menyertai pasukan tersebut.

“Ini salah satu skim baru yang akan kita perkenalkan iaitu kelulusan minima untuk masuk dalam perkhidmatan polis bagi pangkat Sarjan ialah diploma.

“Menerusi skim baru ini juga, kenaikan pangkat juga akan lebih cepat. Kita mempermudahkan, umpamanya Konstabel untuk naik ke pangkat Koperal, Insya-Allah dalam masa lima tahun. Kalau dulu ada sampai 10 tahun, 15 tahun ada yang pencen pun masih Konstabel lagi.

“Begitu juga pangkat-pangkat lain. Kita nak ubah (skimnya),” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pemakaian pangkat Pegawai Kehormat Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor Suksis) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.

Ismail juga berkata PDRM memerlukan para pegawai yang bertenaga serta berpengetahuan tinggi dalam penyiasatan agar kualiti siasatan sesuatu kes lebih efektif.

“Skim baru ini diperkenalkan selaras dengan hasrat PDRM mensasarkan kekuatan anggota seramai 150,000 orang menjelang 2015,” katanya.

Di majlis tersebut, lima kakitangan UMT dengan diketuai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Dr Yahaya Ibrahim menerima pangkat daripada Ismail.

Kor Suksis UMT yang secara rasmi ditubuhkan pada 24 Julai 2006 mempunyai keanggotaan 282 orang pelajar dan daripada jumlah tersebut seramai 70 orang telah ditauliahkan. – Bernama

panorama negeriku

Penjual durian di bandar Kuala kangsar.


Sungai di kampung gua..entah berapa lama lagi mampu bertahan diasak pembangunan


Pasir Salak,dekat dengaan Kompleks Sejarah

Pun dekat Pasir Salak

Friday, March 11, 2011

Gambar tsunami









Tsunami



LOS ANGELES, March 11 —Japan’s biggest earthquake since records began hit the northeast coast today, triggering a 10-metre tsunami that inundated everything in its path.

Here are the 10 strongest earthquakes recorded since 1900, by order of magnitude.

May 22, 1960 — Chile — An earthquake of magnitude 9.5 struck Santiago and Concepcion, triggering tidal waves and volcanic eruptions. Some 5,000 people were killed and 2 million made homeless.

A road is blocked by a landslide near Iwaki City in northeastern Japan March 11, 2011.

March 28, 1964 — Alaska — An earthquake and ensuing tsunami killed 125 people and caused about US$310 million (RM942.40 million) in property loss. The magnitude 9.2 quake buffeted a large area of Alaska and parts of western Yukon Territory and British Columbia in Canada.

Dec. 26, 2004 — Indonesia — A magnitude 9.1 quake struck off the coast of Aceh province on the Indonesian island of Sumatra, setting off a tsunami that killed more than 226,000 people in Sri Lanka, Thailand, Indonesia, India and nine other countries.

Nov. 4, 1952 — Russia — An earthquake with a magnitude of 9.0 generated a tsunami that reached the Hawaiian islands. No lives were lost.

March 11, 2011 — Japan — An 8.9 magnitude quake struck Japan, causing many injuries. The US Geological Survey verified the quake at a depth of 15.1 miles and located it at 81 miles east of Sendai, on the main island of Honshu.

— The Philippines, Taiwan and Indonesia all issued tsunami alerts, reviving memories of the giant tsunami which struck Asia in 2004. The Pacific Tsunami Warning Center issued alerts for countries as far away as Colombia and Peru.

Feb. 27, 2010 — Chile — An 8.8 magnitude quake and subsequent tsunami in Chile killed more than 500 people and caused some US$30 billion in damage, wrecking hundreds of thousands of homes and mangling highways and bridges.

Jan. 31, 1906 Ecuador - An earthquake with a magnitude of 8.8 struck off the coast of Ecuador and Colombia, generating a tsunami that killed up to 1,000 people. It was felt all along the coast of Central America and as far north as San Francisco and west to Japan.

Feb. 4, 1965 — Alaska - An earthquake of magnitude 8.7 generated a tsunami reported to be about 10.7m high on Shemya Island.

March 28, 2005 A magnitude 8.7 quake off Sumatra was estimated to have killed 1,300 people, many on Nias island off Sumatra’s west coast.

March 9, 1957 - Alaska - An earthquake with a magnitude of 8.6 rattled the Andreanof Islands. On Umnak Island, Mount Vsevidof erupted after being dormant for 200 years, generating a 15-m tsunami that continued to Hawaii.

Aug. 15, 1950 - Tibet/India - Two thousand homes, temples and mosques were destroyed in a quake measuring magnitude 8.6. Hardest hit was the Brahmaputra Basin in northeast India. At least 1,500 people were killed. Source Reuters/U.S. Geological Survey Earthquake Web site — http://earthquake.usgs.gov/

Tsunami..tsunami




lanskap kampung