Friday, April 30, 2010

Musa Hassan Pertahankan Anggotanya

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini sambil menempelak pihak-pihak yang mengkritik polis ekoran kes tertembak Aminulrasyid Amzah, 15, menegaskan, sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi menguatkuasakan undang-undang jika itu yang dimahukan orang ramai.

"Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, cakap saja.

"Saya boleh arahkan anggota-anggota saya supaya jangan buat apa-apa termasuk memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang memandu tanpa lesen," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen derma darah di Pusat Daraf Negara sempena Sambutan Hari Polis ke-23 di sini.

Beliau mengulas kritikan pelbagai pihak berkaitan kematian Aminulrasyid akibat terkena tembakan polis setelah dia yang memandu sebuah kereta secara berbahaya dikejar oleh kereta peronda polis di Seksyen 11, Shah Alam.

Menurut saksi, Aminulrasyid memecut dan melanggar beberapa lampu merah sebelum ditahan kereta peronda polis selepas kereta yang dipandunya telah tergesel sebuah kereta lain.

Musa berkata, beliau enggan membuat spekulasi apa yang sebenarnya berlaku pada masa kejadian.

"Kejadian pukul 2 pagi dan kenderaan dipandu dalam keadaan mencurigakan. Anggota saya takkan tahu sama ada pemandu itu dewasa atau bukan sebab keadaan gelap.

"Jika anda enggan berhenti dan terus meluru semasa polis mengarahkan supaya berhenti, maka kenderaan itu dianggap sebagai senjata sebab ia bahaya kepada nyawa pegawai penguat kuasa.

"Melarikan diri daripada polis menyebabkan syak dan sebagai pegawai penguat kuasa undang-undang kita mesti memastikan kenapa individu ini melarikan diri daripada kami," tambahnya.

(Petikan :http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2010/4/29/mstar_jenayah/20100429212247&sec=mstar_jenayah)

Selangor tak alu pemimpin salah guna masjid

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini bertitah sesiapa yang tidak bersetuju dengan peraturan larangan berpolitik di masjid dan surau supaya tidak perlu datang ke negeri itu.

Jelas baginda, tujuan larangan masjid daripada digunakan sebagai pentas politik adalah untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadah itu.


"Ini adalah kerana masjid dan surau merupakan tempat umat Islam berkumpul bagi melaksanakan amal ibadat dan mengeratkan silaturahim sesama mereka.

"Sekiranya masjid dan surau dibiarkan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemari kesuciannya seperti caci mencaci, fitnah memfitnah, tohmahan yang tidak berasas dan memburukkan keperibadian seseorang," titah baginda ketika merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin di Jalan Kota, Klang.

Baginda berititah, jika ingin datang ke Selangor, mereka yang terbabit hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

"Jika sekiranya seorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan di Selangor ini, maka hendaklah beliau mengelakkan diri daripada datang ke negeri ini."

Sultan Sharafuddin memberikan penjelasan itu memandangkan ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah baginda dan menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.

Menurut bagin
da, keadaan adalah berbeza pada zaman Nabi Muhammad SAW yang berceramah di masjid pada zamannya untuk menyedarkan umat Islam supaya mengukuhkan perpaduan kerana ketika itu umat Islam diancam dan diserang oleh musuh-musuhnya.

Baginda bertitah Rasullullah tidak menyebar fitnah atau menghina orang lain di dalam masjid sebagaimana yang berlaku sekarang.

"Justeru adalah tidak munasabah bagi membandingkan peranan Rasullullah SAW menggunakan masjid untuk berpolitik dengan keadaan sekarang yang mana ahli-ahli politik mengambil kesempatan untuk menggunakan masjid sebagai platform untuk menyebarkan agenda politik mereka," titah baginda.


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 23 April lalu menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik.

"Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.

"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.

( Petikan: http://www.malaysiakini.com/news/130503)

Tuesday, April 27, 2010

Koc Komuter Khusus Untuk Wanita Bermula Esok

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan koc komuter khusus bagi penumpang wanita bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang mulai esok.Gerabak yang bertemakan "Wanita Sahaja Sepanjang Masa" boleh dikenal pasti menerusi pelekat berwarna merah jambu yang lekat pada tingkap dan pintu komuter.

Menurut KTMB, lokasi koc di platform dapat dikenal pasti melalui kain rentang yang dipasang pada platform serta tiang platform yang berwarna merah jambu.

"Namun penumpang wanita tidak diwajibkan menggunakan koc ini kerana mereka boleh memilih untuk menggunakan koc-koc biasa yang lain," menurut kenyataan KTMB.

Statistik KTMB menunjukkan 60 peratus pengguna perkhidmatan komuter adalah terdiri daripada golongan wanita. Kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama ibu atau keluarga wanita mereka juga dibenarkan menaiki koc merah jambu ini.

Koc untuk wanita diletakkan di bahagian tengah komuter manakala koc di hadapan dan belakang merupakan koc biasa yang boleh digunakan bersama antara penumpang lelaki dan wanita. Menurut KTMB, penyediaan koc khusus untuk wanita adalah bertujuan memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual atau terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. - BERNAMA
(sumber: Mstar Online )

Sunday, April 25, 2010

my hero



Nak tau macam mana buat movie ni dan masukkan gamba mika?
Klik sini..( klik kanan,open in new tab/ new window )

Monday, April 19, 2010

Sah BN-PKR Di Hulu Selangor


HULU SELANGOR: Selepas beberapa jam V.S Chandran, mengumunkan menarik diri daripada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, seorang lagi calon Bebas, Johan Mohd Diah turut mengambil pendirian yang sama.
Perkara tersebut telah disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
"Memang benar dia sudah tarik diri daripada bertanding, saya sudah mendapat maklumat tersebut daripada Pegawai Pengurus pilihan raya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini malam ini.
Bagaimanapun usaha untuk menghubungi Johan bagi mendapat kenyataannya gagal apabila telefon bimbitnya dimatikan.
Menurut Wan Ahmad lagi, Johan telah memaklumkan secara rasmi kepadaPegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nor Hisham AhmadDahlan.
Keputusan Johan itu menyaksikan perebutan pilihan raya kerusi berkenaan hanya satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN)dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
BN diwakili Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan dan PKR mempertaruhkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Hulu Selangor Oh Hulu Selangor

Khairy: Buang bahan kempen provokatif
Hazlan Zakaria
Apr 19, 10
7:04pm

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah mengarahkan anggota Pemuda BN supaya membuang papan tanda, poster dan kain rentang yang menyentuh maruah mana-mana calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Sejak kempen bermula hujung minggu lalu, bahan-bahan menyerang pemimpin Pakatan Rakyat muncul di kawasan pilihan raya kecil itu di mana pengundian akan berlangsung Ahad ini.

Ini termasuk gambar 'tabiat minum' calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan gambar ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama tulisan huruf besar 'Pengkhianat Negara' di sebelah logo BN.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, Khairy mendakwa serangan peribadi itu bukan modus operandi BN.
Khairy juga menafikan kain rentang dan poster berkenaan adalah sebahagian daripada strategi kempen BN.

Sebaliknya, Khairy berkata, beliau tidak tahu menahu mengenainya dan ia bukan dimulakan oleh pihaknya tetapi oleh pihak lain.

Di samping itu, katanya, Umno juga harus menjauhkan diri daripada amalan-amalan seumpama itu.

Hari Sukan SRA Taman sejahtera

Layan hari sukan anak-anak kat sekolah agama. Buat hari cuti umum, Hari Keputeraan Sultan Perak,so tak ramai yang datang. Ramai yang balik kampung,al maklum la cuti katakan.

Angah and ayong ambil bahagian dalam acara depa. Aku dan mama dia tumpang enjoy. Ambik juga bahagian,acara parents. Mula-mula acara rentas taman. Ayong tak dapat nombor pun,angah dapat juga nombor tiga ( daripada 43 peserta,hahahaha). Tu pun dah nampak semput sangat. Jenuh juga la mama dia jerit2 suruh habiskan larian.



Aku masuk juga acara. Dukung angah,anta ke mama dia yang dok tunggu dengan guni. Baru dua-tiga langkah lari,tersungkur jatuh daaa..Hampeh,berat sungguh budak angah ni. Terus juga la,anta ke amam dia. Dapat la juga no1,dari belakang. hehe.......

Anyway,aku salute kat jk sukan ni. 1st time anjur,kira ok la. Baru nampak tang mana yang tak ok,tak mana perlu penambahbaikan. yang penting,anak2 kita enjoy.

jalan-jalan kat sg. klah hot spring

Cuti 3 hari,tak tau nak buat pa,so bawak family jalan-jalan. Pi mana? Pi Sg Klah Hot Spring. Lama dah tak pi sana. Masa mula-mula pi dulu, kira macam zaman tok kadok la,berbeza sungguh. La ni macam2 dah ada kat dalam tu. Dulu tiket dua kali beli,satu tempat ayaq panaih.Satu lagi tempat mandi ayaq sejuk yang ada ayaq terjun dari sotong gergasi. Punya la jauh rasa nak pi satu2 tempat.


La ni, tiket satu untuk semua,semua untuk satu. Plak tu,dah ada keretapi panjang ala2 zoo Taiping. So x dak la letih sangat. Tapi yang leceynya,kena tambah bayaq untuk naik keretapi tu..Bisness beb,boasa la. Tapi aku x naik pun. Terus bawak kereta ke waterpark. Dah tau dah,kalau bawak pi kolam ayaq panaih,anak aku bukan nak mandi. Depa lebih kecut teloq dari pada rebus teloq.hahaha...


Dok sana sampai nak tutup pot la,baghu keluaq...kira balik modai la. Tapi x banyak gambaq yang sempat snap.Tak dan,dok kalut layan anak-anak sampai lupa snap gambaq


Sunday, April 18, 2010

Pertarungan Bermula

Semalam, 17 Aprl,secara rasmi gelanggang pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor dibuka. Kecik2 pun, 4 orang calon jugak yang bertanding merebut satu kerusi. Meriah juga tu. Tunggu dan lihat la dapat kat sapa.

Dari awal dah nampak meriahnya bila ada je kontroversi yang ditimbulkan kedua-dua pihak. Bisa la,politik,hang kata kat aku,aku kata kat hang. Sapa yang betui? Mereka je (nak kata 'keluarga' tak buleh jugak,pasai dalam politik ni,kadang2 keluarga letak tepi,yang penting kerusi dulu). Sapa setuju angkat tangan...!Hehe.

Macam-macam cara nak menang....

Aku? Aku perati je. Sapa menang,sapa kalah,aku dok macam ni juga.Macam kebanyakan rakyat marhaen yang lain la. Kami kaum proletar, apa-apa berlaku pun, kami tetap macam ni,bangun kena keje,keje kena bangun...hahahaha.

Thursday, April 15, 2010

Hutan Simpan Pondok Tanjung - apa KITA boleh buat

Hutan Simpan Kekal Tuuuuuu...


Dulu..masa aku muda rumaja dulu,laluan Taiping - Selama ni dikatakan antara laluan paling mencabar di Malaysia. Bukan pasai pa,cuma 'reka bentuk jalan dia yang kona-kona.Macam2 jenih kona dok ada.Sebut ja nak kona jenih pa,kona lipat? kona baring? Semua ada. Tapi,tak dak plak bebudak rasa nak merempit kat situ. Mungkin pasai kawasan tu yang ada banyak cerita.Tau saja la kawasan hutan kiri kanan.Kawasan hutan simpan pulak tu. Ada yang kata besa terserempak dengan bunian la,dengan gajah la,dengan binatang yang paling 'pemalu' dalam donia tok sah dok ceghita la..selalu sangat dah depa dok ceghita. Nak tau lebih-lebih tanya la Man ( Tok Batin ),dia besa kena rempuh dengan binatang tu masa baru2 beli motor besaq dia.
Tapi,yang buat aku rasa sayu sangat tiap kali lintaih kawasan tu bukan pasai cerita2 macam tu. Yang buat aku rasa mengkelan sangat adalah pasai kawasan tu dah tak macam dulu. Dulu,sayup mata memandang warna-warna hijau alam semula jadi. La ni,sesayup mata memandang,warna-warna coklat yang depa tarah dan tak tau apa nak jadi.



Tapak ladang kambin!!!


La hutan Simpan Kekal tu dah nak ceghah begilih (kata mak aku ),maksudnya telah terang sungguh. Atas nama pembangunan dan pertanian, depa pedeghaih serba maneka kayu kayan yang ada dalam hutan simpan tu. Lepaih ceghah hutan tu, ada yang tanam sawit (lapih mula-mula ).Yang terbaru,depa pedighi ladang kambing boar,mmg luaih sunggoh,bukan nak kata la. Yang aku heghan,macam mana hutan simpan tu boleh jadi ladang boar? Lantak depa la..aku tak tau sangat sebab aku bukan dok kampung sangat pun. Dah nama pun balik sekali-sekala ja. Kalu kata ayaq kolam Bukit Meghah nak kering pun (pasai ayaq dari sungai sekitar hutan simpan ni pakat2 berkumpui di sana ) aku bukan ada kena. Aku tak dak pun bendang nak tanam padi kat Bukit Meghah tu.

Tak pa la,biaq kat depa la,kata pak penakan aku. Jauh daghi kita. Kot mana pun,sayu juga la tiap kali aku lalu jalan tu, Macam mana nasib para tapir, lutong, kerong dalam hutan tu? Lebih naya, tu,kolam Bukit Merah,macam mana nanti? Malaih aku nak jawab,seghah kat hang la. Yang pasti, bila kemaghau,geng2 Pak Ya boleh lagi pi megagau ikan kat Beghia,buat masa la. Akan datang, tak tau lagi la. Peduli pa akan datang,nooo? Hat tu biaq anak cucu kita la plak pikey.

aku tak pandai melukis.....

Gambaq Hiasan: Macam2 posing dok ada



Hari ni, aku minta bebudak aku tunjukkan folio depa. Dah berbulan aku bagi,masih ada juga yang tak siap. Aku tanya pasai pa tak teruskan dengan lakaran. Depa boleh kata depa tak tau lukih. Aku nak maghah pun,depa dah besaq2 dah. Nak aku pukui,faham2 ja la mak pak la ni. Pantang lepa dapat peluang,mau kena tibai balik.Bukan semua la,sesetengah ja.

Malaih aku nak layan depa,aku tanya mudah ja..oghang gila kalau kita tanya depa gila ka dak apa depa jawab?tentu jawab dak gila. Mcm tu la jugak hangpa,Bukan hangpa tak boleh lukih,cuma hangpa tak mau buat ja.

Bagi aku,bila aku minta depa blajaq lukih,aku bukan nak depa jadi mcm aku.Bukan juga nak depa jadi pelukih agung.Aku cuma nampak seni tu dapat membentuk jiwa yang halus,dapat membina nilai yang positif dalam dighi depa. Selain tu,depa dapat juga meluahkan perasaan depa,menjadikan kertas tu medan depa melepaskan atau meluahkan perasaan. Aku harap depa dapat jadi manusia yang tenang dan damai meniti haghi. Tak mudah gabra. Sebab tu aku selalu kata kat anak2 aku,aku tak mau depa malu dengan hasil keja seni depa kerana apa yang depa lukih tu adalah luahan dan diri depa. Aku nak depa jadi diri depa,tu ja.Bukan nak depa jadi aku.

Hat aku paling syok,ada soghang budak aku tu,tunjuk kat aku hasil keja dia,punya la lawa. Aku tanya dia,betoi ka hang yang buat ni. Sengeh2 ja dia jawab..dak aihhh,mak yang buat. Waaa..kagum aku. Memang mak dia pandai lukih. Aku kata kat dia,kalau mak hang buleh lukih mcm ni,awat plak hang tak buleh? Dia jawab pa....hehehe je.